Kepada ibu2 yg baru mengenali dunia penyusuan susuibu, persoalan2 berikut pasti bermain di fikiran mereka. Adakalanya perkara2 tersebut membuatkan sesi penyusuan utk si comel akan terganggu. Jom kita semak persoalan yg popular di kalangan ibu2 menyusu bayi.
1.Soalan:
Kenapa menyusu awal itu penting?
Jawapan:
Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:
* Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
* Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan.
gambar contoh
Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Perlu ditekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit birit atau penyakit lain.
2. Soalan:
Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan bayinya?
Jawapan:
Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup berharga.
Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat untuk hendak menyusu sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu menyembuhkan sakit selepas bersalin.
3. Soalan:
Berapa lamakah harus saya menyusu pada sebelah payudara?
Jawapan:
Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana ini dapat membuatkan susu keluar lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi. Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasi di hujung penyusuan.
Susu yang keluar di 'akhir' setiap penyusuan digelar "hind milk". Susu akhir ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.
4. Soalan:
Bilakah susu mula dihasilkan?
Jawapan:
Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan.Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Secara perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.
Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah bayi akan kehilangan berat dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula mengjasilkan susu.
5. Soalan:
Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu susu ibu terhasil sepenuhnya?
Jawapan:
Penting untuk dipastikan bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapah hari sehingga susu ibu terhasil sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak.
6. Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan "Permintaan menyusu"?
Jawapan:
Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusukan sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakkan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan.
Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu'(demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang samaa akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse malas nak jaga tau!).
7. Soalan:
Mengapa bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?
Jawapan:
Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.
8. Soalan:
Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?
Jawapan:
Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat enam atau tujuh penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangka masa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.
9. Soalan:
Bagaimana memastikan bayi mendapat susu yang cukup:
Jawapan:
Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti bayi mendapat susu yang cukup ialah:
*Bayi membuang air sebanyak tujuh hingga lapan kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
* Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
* Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang selama seminggu.
* Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.
10. Soalan:
Bagaimana jika bekalan susu ibu tidak mencukupi?
Jawapan:
Kadangkala ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara:
* Menyusu dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.
* Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
* Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari.
* Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau tidak berkhasiat.
11. Soalan:
Kenapa susu saya kelihatan cair?
foremilk & hind milk
Jawapan:
Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:
* 'susu pertama' (foremilk) kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
* 'susu pertengahan' mengandungi lebih khasiat protein.
* 'susu akhir' (hind milk) kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.
Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang siang dan malam.
12. Soalan:
Apakah yang perlu saya lakukan jika susu saya mengalir dengan pantas menyebabkan bayi saya sering tersedak?
Jawapan:
Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah:
* Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas.
* Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap ke arah bertentangan dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau diwaktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.
13. Soalan:
Saya dapati susu saya meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?
Jawapan:
Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara di waktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di waktu-waktu berkenaan.
Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. penting untuk menukar pelapik baju dalam dengan kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembap. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik baju dalam, ibu digalakkan menggunakan sapu tangan tetapi jangan menggunakan tisu. Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya, jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.
14. Soalan:
Apa yang dikatakan 'keliru puting' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?
Jawapan:
Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu dihospital. Bayi menjadi keliru dengan kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul di payudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting ke dalam mulutnya.
Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan aerola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting yang panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola ke atas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar.
Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberikan sekali atau dua kali penyusuan menggunakan botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.
15. Soalan:
Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menyusukannya?
Jawapan:
Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya, bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik khas yang sesuai untuk para ibu menyusukan anak. Selain itu kini terdapat alternatif untuk para ibu iaitu kain 'poncho', ia boleh digayakan sebagai fesyen sekaligus, melindungi aurat ibu yang sedang menyusukan dari dilihat umum. contohnya:
16. Soalan:
Bagaimana caranya saya mengetahui kejayaan menyusu bayi?
Jawapan:
Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:
* Pola hisapan bayi akan berubah kepada 'hisap dan telan - hisap dan telan'. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini pasti akan berlaku setiap kali bayi menghisap.
* Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku setiap kali penyusuan.
~ credit buahatikusayang
Friday, May 3, 2013
Thursday, April 25, 2013
Performance Drink - Bermanfaat di bulan puasa.
Performance Drink - apa dan untuk siapa?
Apa pula manfaat untuk ibu menyusu anak di bulan puasa?

1. Performance Drink merupakan minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Bukan milkbooster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan dan menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu anak/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang bekerja di tengah panas. Juga untuk anak2 yang demam sangat sesuai sebab bila dah demam tidak ada selera makan minum. Ia boleh membantu cegah dehidrasi.
Boleh tengok testimoni ni;
" Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih terpancut bila dipicit anak2. Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk." ~ credit mommy lyna
Satu canister mengandungi 539gram. Berperisa oren.
Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badang yang hilang semasa berpuasa.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
Apa pula manfaat untuk ibu menyusu anak di bulan puasa?
1. Performance Drink merupakan minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Bukan milkbooster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan dan menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu anak/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang bekerja di tengah panas. Juga untuk anak2 yang demam sangat sesuai sebab bila dah demam tidak ada selera makan minum. Ia boleh membantu cegah dehidrasi.
Boleh tengok testimoni ni;
" Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih terpancut bila dipicit anak2. Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk." ~ credit mommy lyna
Satu canister mengandungi 539gram. Berperisa oren.
Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badang yang hilang semasa berpuasa.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
Wednesday, February 27, 2013
Benarkan Vitamin Shaklee Menggemukkan??
VITAMIN SHAKLEE MENGGEMUKKAN??
"Vitamin-vitamin ni menggemukkan x?"
"Kalau ambil vitamin B-complex berat badan akan naik x"
Ramai juga yang takut-takut hendak ambil vitamin terutamanya B-Complex sebab takut ianya menggemukkan.
Jawapannya :TIDAK!!
Fakta B-Complex:
Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik
B-Complex berfungsi untuk menukarkan gula menjadi tenaga. Dan tenaga akan digunakan untuk membuat aktiviti harian kita. Kita mungkin akan cepat berasa lapar dan ingin makan apabila tenaga telah digunakan. Jangan risau, ketika B-Complex diambil dengan cara yang betul, gula dari makanan yg kita makan akan terus dijana dan ditukar kepada tenaga semula. Bagaimana pula tenaga habis digunakan boleh membuatkan seseorang itu menjadi gemuk?
Fakta B-Complex Shaklee :
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
Mudah di telan
Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
PENTING!!
B-complex perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisma badan membawa kepada rasa lapar. Jika diambil SEBELUM MAKAN, anda akan makan dengan berselera sekali, dan ini lah penyebab berat badan anda meningkat!!
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
Saturday, January 12, 2013
Cepat Hamil Dengan GLA Complex
Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.
Jadi, anda yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering, itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?
Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tidak "bersama" pada waktu subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^Jadi, anda yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering, itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex?
Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu tidaklah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
Advance Joint Health Tablet : Membantu Masalah Sakit Sendi
Sendi membentuk hubungan antara tulang-tulang yang memberi sokongan dan membantu kita untuk mudah bergerak. Sendi terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovial (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yg memberikan keselesaan antara tulang-tulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi - sendi sihat dalam 3 cara :
Semakin umur meningkat, tulang rawan akan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerap tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan pada sendi dan membataskan pergerakan seseorang..

Bagaimana Advance Joint Health Tablet (AJHT) membantu kesihatan sendi?

Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ektrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan - bahan berasaskan mineral, Shaklee Advance Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.
Bagaimana Ia Berkesan?
Bagaimana Ia Berkesan?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi - sendi sihat dalam 3 cara :
1) Menyokong Keselesaan Sendi
- Ekstar Boswellia : menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstark Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.
2) Bertindak Sebagai Kusyen
- Ekstrak jagung : membantu mengekalkan tulang rawan.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
- Ekstar Boswellia : menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstark Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.
2) Bertindak Sebagai Kusyen
- Ekstrak jagung : membantu mengekalkan tulang rawan.
Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh meningkat usia, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun - tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.
3) Memelihara Tisu Penyambung Yang Sihat
- Zink, tembaga, mangan & vitamin c : Nutrien penting dalam kesihatan sendi.
Membekalkan sokongan nutrien unutk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
Friday, January 11, 2013
Apakah Fungsi Vitamin A?

CarotoMax @ Vitamin A
Vitamin A boleh didapati daripada sumber semulajadi seperti telur dan susu, serta sayur-sayuran seperti lobak merah dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap.
Antara fungsi Vitamin A:
Penglihatan
- Mata merupakan bahagian pertama badan yang dibantu oleh Vitamin A.
- Membantu kesihatan retina.
- Merupakan sumber yang mencipta pigmentasi pada retina mata.
- Membantu untuk menjaga penglihatan yang lebih jelas, dan mengelak daripada mengalami rabun malam.
Pertumbuhan
- Membantu untuk membesar dan mengekalkan tulang dan tisu kulit yang sihat .
- Membantu dalam pembentukan gigi baru.
- Memainkan peranan penting dalam pembentukan janin semasa kehamilan.
- Membantu dalam pembentukan membran mukus.
Sel Darah
- Membantu pembentukan kedua-dua sel-sel darah putih dan merah.
Imuniti
- Mengekalkan sistem imun yang sihat.
- Menjaga kulit dan membran mukus sihat.
- Merupakan baris pertama pertahanan terhadap penyakit dan jangkitan.
sumber : eHow.com
Sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan suplemen amat digalakkan.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
Thursday, January 10, 2013
Garlic

Nama Produk : Garlic
Kandungan sebotol : 60 biji
Membantu mengekalkan tekanan* darah normal
Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.
- Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
- Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
- Formulasi Shaklee yang unik.
- Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms 010-5344150 atau
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
Monday, January 7, 2013
Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee?
Apa Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee??
Jika anda turut berminat untuk bersama-sama menjana pendapatan melalui Shaklee, sama ada secara part-time mahupun full-time, di sini saya terangkan serba sedikit cara untuk jadi ahli, kelebihan serta keseronokan buat bisnes Shaklee.
Bagaimana henak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM700) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 885218 (Khairunnisa binti Mansius) sebagai sponsor/upline.
Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 (Semenanjung)/ RM20 (Sabah/Sarawak) untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (Semenanjung)/ RM85 (Sabah/Sarawak) jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch.
Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee
Sekiranya cuma hendak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tidak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase.
Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Benar, tidak perlu maintain point atau wajib membuat pembelian.
Apa kelebihan menjadi ahli?
1) Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
2) Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
3) Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh saya melalui group fb tertutup khas untuk ini.
4) Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).
Shaklee adalah bisnes MLM. Namun dalam kumpulan kami (Euphoria), kami tidak diajar untuk mencari downline. Tiada istilah head-hunting. Kami ditekankan akan kebaikan produk dan pemasaran produk adalah keutamaan. Ini kerana kami yakin dengan mutu dan keberkesanan produk Shaklee, maka apabila customer sendiri telah merasainya, secara tidak langsung mereka akan teruja untuk menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai pengedar Shaklee.
Hubungi saya dan saya akan aturkan langkah seterusnya untuk anda menjadi seperti saya.
sms/whatsapp 0105344150, email eun.ae86@gmail.com..
Subscribe to:
Posts (Atom)









