Saturday, January 12, 2013

Cepat Hamil Dengan GLA Complex

Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tidak "bersama" pada waktu subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^

Jadi, anda yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering, itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex?

 Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu tidaklah sampai sebulan 2-3 kali bertelur. 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms  010-5344150 atau 
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.

Advance Joint Health Tablet : Membantu Masalah Sakit Sendi

Sendi membentuk hubungan antara tulang-tulang yang memberi sokongan dan membantu kita untuk mudah bergerak.  Sendi terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovial (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yg memberikan keselesaan antara tulang-tulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Semakin umur meningkat, tulang rawan akan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerap tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan pada sendi dan membataskan pergerakan seseorang..


Bagaimana Advance Joint Health Tablet (AJHT) membantu kesihatan sendi?


Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ektrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan - bahan berasaskan mineral, Shaklee Advance Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Bagaimana Ia Berkesan?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi - sendi sihat dalam 3 cara :

1) Menyokong Keselesaan Sendi
- Ekstar Boswellia : menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.


Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstark Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2) Bertindak Sebagai Kusyen
- Ekstrak jagung : membantu mengekalkan tulang rawan.

Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh meningkat usia, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun - tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3) Memelihara Tisu Penyambung Yang Sihat
- Zink, tembaga, mangan & vitamin c : Nutrien penting dalam kesihatan sendi.
Membekalkan sokongan nutrien unutk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms  010-5344150 atau 
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.


Friday, January 11, 2013

Apakah Fungsi Vitamin A?



CarotoMax @ Vitamin A

Vitamin A boleh didapati daripada sumber semulajadi seperti telur dan susu, serta sayur-sayuran seperti lobak merah dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap.
Antara fungsi Vitamin A:

Penglihatan
- Mata merupakan bahagian pertama badan yang dibantu oleh Vitamin A. 
- Membantu kesihatan retina. 
- Merupakan sumber yang mencipta pigmentasi pada retina mata.
- Membantu untuk menjaga penglihatan yang lebih jelas, dan mengelak daripada mengalami rabun malam.

Pertumbuhan
- Membantu untuk membesar dan mengekalkan tulang dan tisu kulit yang sihat . 
- Membantu dalam pembentukan gigi baru. 
- Memainkan peranan penting dalam pembentukan janin semasa kehamilan. 
- Membantu dalam pembentukan membran mukus.

Sel Darah
- Membantu pembentukan kedua-dua sel-sel darah putih dan merah. 

Imuniti
- Mengekalkan sistem imun yang sihat. 
- Menjaga kulit  dan membran mukus sihat.
- Merupakan baris pertama pertahanan terhadap penyakit dan jangkitan.
 sumber : eHow.com

Sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan suplemen amat digalakkan. 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms  010-5344150 atau 
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, January 10, 2013

Garlic





Nama Produk : Garlic
Kandungan sebotol : 60 biji



Membantu mengekalkan tekanan* darah normal
Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
  • Formulasi Shaklee yang unik.
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms  010-5344150 atau 
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.

Monday, January 7, 2013

Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee?


Apa Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee??

Jika anda turut berminat untuk bersama-sama menjana pendapatan melalui Shaklee, sama ada secara part-time mahupun full-time, di sini saya terangkan serba sedikit cara untuk jadi ahli, kelebihan serta keseronokan buat bisnes Shaklee.
Bagaimana henak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee 
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM700) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 885218 (Khairunnisa binti Mansius) sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 (Semenanjung)/ RM20 (Sabah/Sarawak) untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75  (Semenanjung)/ RM85 (Sabah/Sarawak) jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch.

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee
Sekiranya cuma hendak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tidak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase.

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Benar, tidak perlu maintain point atau wajib membuat pembelian.

Apa kelebihan menjadi ahli?
1) Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.

2) Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.

3) Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh saya melalui group fb tertutup khas untuk ini.

4) Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).

Shaklee adalah bisnes MLM. Namun dalam kumpulan kami (Euphoria), kami tidak diajar untuk mencari downline. Tiada istilah head-hunting. Kami ditekankan akan kebaikan produk dan pemasaran produk adalah keutamaan. Ini kerana kami yakin dengan mutu dan keberkesanan produk Shaklee, maka apabila customer sendiri telah merasainya, secara tidak langsung mereka akan teruja untuk menjadi ahli bagi mendapatkan kelebihan sebagai pengedar Shaklee.

Hubungi saya dan saya akan aturkan langkah seterusnya untuk anda menjadi seperti saya.

sms/whatsapp 0105344150, email eun.ae86@gmail.com..

Saya Pengedar Sah Shaklee Ranau, Sabah.

Sebagai surirumah sepenuh masa, pastinya ingin mencari inisiatif untuk mencari sumber pendapatan sendiri. Bagaimana seorang surirumah boleh menjana pendapatan? Sudah tentunya dengan berbisnes, malah ramai memilih untuk berbisnes tanpa perlu keluar rumah, mencari pelanggan dan sebagainya. Sebab itulah saya memilih bisnes Shaklee. Hanya online dari rumah, sungguh mudah.

Malu bukan penghalang untuk kita maju dalam bisnes ini. Sejujurnya, saya juga seorang yang pemalu untuk bercerita secara bersemuka tentang produk Shaklee. Malah bila kami sekeluarga serta saudara-saudara berkumpul pun saya tidak buka mulut untuk bercerita tentang bisnes saya. Ini kerana saya tidak suka menerima penolakan yang boleh menyebabkan rasa "down". 
Saya lebih selesa berbisnes secara online, walaupun tidak bersua muka, saya masih boleh berkongsikan kebaikan produk Shaklee kepada semua orang, memberi konsultasi serta menguruskan penghantaran walaupun berada di rumah. 

Kenapa Saya Memilih Shaklee Sebagai Bisnes?

1. Bisnes tanpa modal - Hanya mulakan bisnes dengan yuran keahlian serendah RM75 (Semenanjung)/ RM85 (Sabah/Sarawak). Sememangnya ada program yang dapat menyokong serta memudahkan situasi tersebut. Saya juga bermula dengan titik permulaan yang sama.
2. Bisnes secara online - Tidak perlu keluar rumah mencari pelanggan, bisnes boleh terus di lakukan secara online dengan berkongsikan kebaikan-kebaikan vitamin Shaklee, dan dapat menguruskan penghantaran produk hanya dari rumah.
3. Masa sepenuhnya bersama keluarga - Sambil-sambil bersantai dengan keluarga, masih boleh menerima order dari customer. Tidak perlu keluar dan balik lewat malam. Jangan tidak percaya ramai surirumah 5 angka sebulan.
4. Bonus bulanan kita yang tentukan - Menariknya bisnes ini jumlahnya boleh berubah setiap bulan mengikut seberapa besar usaha kita. Kita inginkan yang lebih besar, perlulah berusaha lebih. Rezeki tidak datang bergolek sebab dalam bisnes Shaklee andalah CEO.
5. Kumpulan sokongan Euphoria yang kuat - walaupun upline saya berada di Kajang, ianya bukan penghalang untuk kami berkomunikasi kerana medium pengantara kini yang serba canggih telah tersedia. Segala perbincangan dilakukan melalui kumpulan tertutup di facebook. 
6. Motivasi serta pendekatan kerohanian - Aspek ini lah yang membuka hati saya untuk meneruskan bisnes Shaklee. Penerapan kerohanian yang disarankan menguatkan hubungan kita dengan Pencipta, dan menyedarkan kita dari kealpaan dan kesibukan mengejar harta dunia semata.

Apa kelebihan menjadi ahli?

1. Boleh membeli produk dengan harga ahli & mengumpul point dlm bentuk uv.

2. Jika rajin berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, boleh meningkatkan uv tanpa ada downline.

3. Jika mencapai minimum 150 uv (lebih kurang belian RM450 sebulan) boleh menukarkan uv kepada cash (lebih kurang RM22.50. Siapa nak bagi kita RM22.50 tu kan?)

4. Jika berminat untuk serius berbiz, ada kelas khas disediakan. Juga blog dan group exclusive kumpulan Euphoria Shaklee di FB.

* Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local & international/Umrah yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee jika cukup syarat.


Jika anda ingin mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli, hanya gunakan ID saya 885218 dengan membeli sendiri di cawangan berdekatan anda.

Hendak mendapatkan vitamin Shaklee dengan harga berbaloi, boleh sms/whatsapp saya di 010-5344150, atau emailkan ke eun.ae86@gmail.com, juga boleh melalui facebook saya Khairunnisa Mansius.

Anda berminat menyertai saya, hubungi saya dan saya akan uruskan langkah pertama untuk anda menjadi seperti saya.

Sunday, January 6, 2013

Tips Pengambilan Vitamin Agar Lebih Berkesan


Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu.




credit : kak N


Benarkah Antioksidan Penting Untuk Kita??

Setiap nafas yang diambil, anda sebenarnya menghasilkan radikal bebas - Oksidan tudak terkawal yang merosakkan sel!!

Semakin anda berusia, semakin berkuranglah anti-oksidan semulajadi yang dihasilkan oleh badan anda untuk mengawal molekul-molekul pemusnah ini. Apabila semakin banyak radikal bebas terkumpul di dalam badan, kesihatan menjadi semakin merosot, proses penuaan menjadi lebih pantas, menyebabkan anda mudah terdedah kepada pelbagai penyakit - daripada masalah kulit berkedut di usia muda, sehinggalah kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik.


Maka, jawapanya ialah, " Ya, Anda Perlukan Anti-Oksidan!!"



Walaupun kita boleh mendapatkan sumber antioksidan daripada pemakanan harian, kebanyakan dari kita sebenarnya memerlukan lebih dari jumlah antioksidan yang kita perolehi hanya dari diet harian. Contohnya, perokok memerlukan 2 atau 3 kali ganda Vitamin C untuk mendapatkan paras darah berantioksidan yang sama seperti orang yang tidak merokok!

Selain itu, perkara-perkara yang menambahkan kuantiti radikal bebas di dalam badan ialah:

(1) Pencemaran udara
(2) Penyakit kronik
(3) Penyakit berjangkit
(4) Perokok sekunder
(5) Menopause
(6) Tekanan perasaan
(7) Pendedahan kepada cahaya matahari
(8) Sinaran X-ray
(9) Diet carcinogens (Pengambilan makanan yang digoreng pada suhu tinggi, dibakar dengan arang, atau daging yang dirawat).
(10) Cara penyediaan makanan yang salah
(Contohnya: Lobak yang dimasak membekalkan lebih bio-tersedia Beta-Carotene, berbanding Lobak yang belum di masak. Haa, bukan semua makanan yang tidak di masak itu baik, ya!)

dan lain-lain lagi.

Apakah yang AntiOksidan boleh lakukan untuk anda?

(1) Melambatkan proses penuaan.
(2) Merendahkan paras kolesterol.
(3) Mengurangkan risiko atherosclerosis.
(4) Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok.
(5) Mengurangkan risiko segala jenis kanser.
(6) Bantu mengurangkan progres penyakit Alzheimer.
(7) Melambatkan pertumbuhan tumor.
(8) Bantu badan untuk detox carcinogens.
(9) Bantu kesihatan mata, elak masalah penglihatan.
(10) Melindungi badan dari kerosakan yang berpunca dari hisapan rokok.
(11) Melindungi badan daripada Chronic Obstructive Pulmonary Diseases (COPDs) - athma, bronchitis, dan emphysema.
(12) Melindungi badan dari pencemaran alam sekitar.

Apakah suplemen antioksidan Shaklee yang dicadangkan?


(1) Pastinya gabungan terbaik ACE - CarotoMax, Vita-C dan Vita-E!
ATAU

(2) Vivix, yang kaya dengan kandungan Resveratrol yang tinggi!

*Note: Vivix TIDAK BOLEH diambil oleh ibu mengandung dan menyusu!

TAHUKAH ANDA?

Suplemen antioksidan TIDAK BOLEH diambil oleh orang yang sedang menjalani kemoterapi atau rawatan radiasi.

Ini kerana, rawatan-rawatan ini berfungsi dengan menghasilkan radikal bebas untuk memusnahkan sel kanser. Maka, suplemen antioksidan hanya akan mengurangkan dan menggangu 'radikal bebas ini' berfungsi dengan efektif!

credit : mychibibox


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms  010-5344150 atau 
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...