"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". Luqman
Alhamdulillah, Akif masih menyusu badan sepenuhnya. Usianya kini baru menjangkau 3 bulan.. Tekadkan dalam hati, saya mampu menyusukan Akif hingga 2 tahun, walaupun afif hanya 2 bulan lebih dapat meyusu badan, semuanya kerana kurang ilmu dalam penyusuan. Bila dikenang semula, terasa penyesalan, kalaulah dulu tahu begitu dan begini.. hmmm.. saya redha dengan ketentuan Allah.. Mulai hari ini, berbekalkan sedikit pengetahuan yang ada, saya akan berusaha.. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment