Monday, December 3, 2012

Kalsium, Magnesium -Membantu Tidur Lebih Lena..

Anda berjaga sehingga larut malam? 

Biasanya mereka yang bergelar pelajar suka berjaga hingga larut malam, lebih-lebih lagi apabila sampai musim peperiksaan. 
Ada kajian yang mendapati semakin ramai orang yang tidur malam kurang daripada 6 jam sehari. Tidak kurang juga yang bermasalah untuk tidur malam (insomnia) atau nama mudahnya masalah tidak boleh tidur. 

Tidur malam yang cukup perlu untuk:


  • Pembelajaran dan daya ingatan: Tidur membantu otak untuk menyimpan maklumat terbaru yang diterima ke dalam memori melalui satu proses dipanggil “memory consolidation“. Hasil kajian mendapati orang yang tidur sejurus selepas belajar dapat melepasi ujian dengan lebih baik. 
  • Metabolisma dan pengurusan berat badan: Masalah tidak cukup tidur yang kronik boleh menyebabkan pertambahan berat badan kerana ia mengganggu tubuh kita dalam memproses dan menyimpan karbohidrat, di samping mengubah paras hormon yang mengawal selera makan. 
  • Keselamatan: Kekurangan tidur malam menyebabkan kita cenderung untuk mengantuk pada waktu siang, dan kurang peka (alert). Kita berisiko untuk berbuat silap contohnya dalam membuat analisis atau diagnosis, atau terlibat dalam kemalangan. 
  • Mood: Tidak cukup tidur menyebabkan keresahan, tidak sabar, tidak mampu untuk fokus, mood yang kurang baik. Juga menjadikan tubuh terlalu letih untuk berbuat perkara yang kita suka lakukan. 
  • Kesihatan jantung: Masalah kurang tidur yang serius dikaitkan dengan hipertensi, peningkatan hormon stress dan degupan jantung yang tidak teratur. 
  • Penyakit: Tidak cukup tidur menurunkan kekuatan imun tubuh. Tidur yang cukup juga mungkin membantu kita melawan kanser.
Jika anda merasakan agak sukar untuk tidur pada waktu malam, ataupun sering mengalami tidur yang kurang lena hingga menjejaskan daya tumpuan pada siang hari, pengambilan kalsium-magnesium yang mencukupi mungkin boleh membantu. 

Kenapa KALSIUM dan MAGNESIUM? 

Kalsium adalah terlibat secara langsung dengan cycle tidur kita. Satu kajian yang dibuat mendapati tidur yang terganggu berhubungkait dengan kekurangan kalsium, dan masalah ini dapat diatasi apabila kadar kalsium dalam darah menjadi normal semula.

William Sears, M.D. menulis: “Kalsium membantu otak kita menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan melatonin, iaitu hormon yang merangsang rasa mengantuk. Inilah sebabnya kenapa produk tenusu, yang mana mengandungi kedua-dua tryptophan and kalsium, adalah antara makanan yang paling membantu untuk tidur.

” Pernah dengar kan petua minum susu suam sebelum masuk tidur? :)

 Kekurangan magnesium juga boleh membawa kepada masalah insomnia yang kronik. Ia menyebabkan pesakit kerap terjaga pada waktu malam. Sebaliknya, satu kajian oleh James Penland daripada Human Nutrition Research Center di North Dakota mendapati pemakanan yang tinggi magnesium dan rendah aluminum membantu tidur yang lebih lena. 

Tetapi, perlu diketahui bahawa pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang adalah sangat penting kepada kesihatan keseluruhan manusia, dan kedua-dua mineral ini MESTI diambil bersama-sama untuk hasil yang terbaik. 

Jika anda mempunyai masalah sukar tidur atau tidur kurang lena dan inginkan supplemen yang boleh membantu, kami sangat mengesyorkan Ostematrix (Kalsium-Magnesium daripada Shaklee).

Tidak seperti kebanyakan supplemen kalsium di pasaran, Ostematrix Shaklee merupakan supplemen semulajadi mengandungi kesemua faktor pelengkap iaitu Magnesium, Vitamin D, Zink, Kuprum, Mangan dan Boron. Barulah setiap satunya dapat diserap oleh badan dengan baik seterusnya dapat menjalankan fungsi masing-masing dengan sempurna. 



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau

sms/whatsApp  010-5344150 atau 
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...