Friday, December 21, 2012

Vitamin Penting Untuk Ibu Mengandung

Mengandung merupakan saat yang indah untuk seorang ibu menantikan kelahiran si kecil. Walaubagaimanapun, penantian selama 9 bulan perlulah dilengkapi dengan pemakanan yang seimbang agar bayi dalam kandungan mendapat khasiat dan membesar dengan sihat.

Namun ada segelintir ibu-ibu yang tidak mengendahkan pengambilan vitamin yang disarankan oleh doktor sepanjang kehamilan sedangkan vitamin itu sangat perlu untuk memastikan si ibu membekalkan zat dan khasiat yang cukup buat bayi di dalam kandungannya.

Ramai ibu-ibu yang beranggapan mengambil vitamin yang disarankan akan menyebabkan bayi dalam kandungan besar, sedangkan ibu-ibu tidak memikirkan banyak risiko yang mungkin dihadapi akibat kekurangan vitamin seperti kelahiran pra-matang, Low Birth Weight di mana berat lahir bayi kurang dari 2.5kg, gangguan pembesaran tengkorak bayi, dan sistem imun yang rendah.

Vitamin Yang Di Perlukan Sepanjang Mengandung:
- Multivitamin (sangat penting bila ia lengkap dengan zat besi)
- Vitamin B complex
- Vitamin C
- Kalsium (sekiranya ibu tidak mengambil susu boeh di ganti dengan pil kalsium)
- Vitamin untuk otak - DHA (minyak ikan)

Setiap vitamin itu memainkan peranan yang penting untuk memastikan si ibu bertenaga, tidak pitam atau pengsan kerana kurang darah. Maka, untuk kestabilan hemoglobin memerlukan multivitamin dan vitamin b complex. Manakala untuk sistem imun ibu dan bayi semestinya memerlukan vitamin C. Kalsium pula sangat penting untuk pembinaan darah, saraf dan pembentukan tulang dan minyak ikan pula bagus untuk pembentukkan DHA otak bayi.

Maka, ibu dagalakkan menjaga amalan pemakanan yang seimbang serta vitamin yang disarankan oleh doktor.
Bukan sewajibnya mendapatkan satu-satu jenama vitamin tetapi memadai dengan harga yang mampu dibayar, dan boleh juga di ambil secara percuma di klinik kerajaan.
sumber: anakkuwiraku


Shaklee mempunyai produk2 berikut*
  • VitaLea with iron formula (multivitamin)
  • B-Complex with folic asid
  • Sustained Released Vita-C 500gm
  • OsteMatrix (Kalsium-Magnesium)
  • OmegaGuard (DHA, minyak ikan)
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

emailkan ke: eun.ae86@gmail.com atau
whatsapp/sms  010-5344150 atau 
FB: Khairunnisa Mansius
untuk sebarang pertanyaan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...